Wednesday, December 23, 2009

Trip ke Empangan Pergau, Jeli, Kelantan

Khamis malam Jumaat, 17 hb Dec'09 dapat panggilan dari Zaid pada pukul 10 malam mengajak jika berminat nak ikut pergi ke Tasik Cenderoh bersama Hilmi..selepas berfikir beberapa saat, maka terus beri persetujuan..termangu seketika tak pernah terfikir nak join trip secara last minit..tapi belasah je..bukannya senang nak dapat peluang mancing casting/mengilat bersama dua orang Sifu..lagi pun.ni kali pertama merasa trip casting air tawar..errr, sebenarnya ada janji nak pergi kenduri hari Sabtu di Melaka, tapi rasanya ok, sebab masih sempat lagi sebab ada terdengar kata Zaid balik Jumaat petang atau malam..

Pukul 3 pagi sampai rumah Hilmi..terus bantu apa yang patut seperti naikkan enjin dan bot atas kenderaan..dalam perjalanan selepas beberapa jam baru tau sebenarnya nak peri Empangan Pergau, Jeli, Kelantan..sah lah ni tak sempat balik sebelum Sabtu..belasah je..duit dalam kocek ada RM100++ jer ni..belasah jer..hehe

Daripada trip ini dapat juga akhirnya merasa pengalaman aktiviti casting air tawar yang 'proper' di kawasan empangan/tasik menaiki bot mencari sasaran dari satu spot ke satu spot yang lain..seharian mengilat dari pagi sampai petang dalam hujan..tambah sejuk bila berangin..hanya hari kedua baru sedikit cerah (hujan juga)..memang mencabar, kenalah kuat fizikal dan mental, hehe..tapi kepuasannya tidak ternilai kerana banyak pengalaman yang diperolehi selain dapat beriadah (lenguh casting dalam hujan tak tau berapa ratus/ribu kali mengilat) dapat juga bersantai melihat keindahan hutan dan tasik di Pergau..dan yang penting dapat memancing merasa tarikan dan menaikkan spesis Sebarau..huhuhu..di sepanjang sessi mengilat ini juga ada yang lucut dan juga yang rabut..hingga mata owner 2x strength pun kangkang..dah tak ada rezeki tu apa nak dikata...hehehe

Akhir kata terima kasih yang tak terhingga 2 orang sifu yang sudi menjemput saya menyertai trip ini..Sifu Hilmi terutamanya yang buat semua arrangement transport & chalet..juga selaku tuan punya @ tekong bot yang penuh berdedikasi dan bersemangat membawa menyusur dari satu spot ke satu spot..juga sebagai chef dengan masakan yang memang enak..juga buat Sifu Zaid yang sudi menjemput saya menyertai trip ini dan kasi pinjam swivel, rapala beri tunjuk ajar dan sebagainya..terima kasihhhhhhh daun keladi, jika ada nak cari replacement lagi, any time any day, insyaallah..hehe..

Gambar Gambar Sepanjang Trip Untuk Tatapan

Singgah sebelum Gerik, Mie cari bateri kereta untuk diguna pada thrust di bot

Dah sampai Gerik


Turunkan bot dalam hujan


Bot dah kat chalet


Merasa gak naik sebarau..syukur


Penuh dedikasi


Dah gelap..mendung sebab hujan sepanjang hari


Buat lauk


Baby toman


Chalet ini di lokasi sebelah dalam kawasan tasik..kena menaiki bot untuk ke chalet


Sempat bergambar sebelum turun semua mengilat


Wajah kegirangan dengan Sebarau yang berjaya dinaikkan di masa kecederaan


Sebarau dengan skala berat 1 kilo


En. Roslan, Yang di Pertua Persatuan Memancing Pulau Pinang yang berdiri..terima kasih di atas ucapan tahniah yang diberikan kepada muka baru yang berjaya menaikkan sebarau..hehe

Friday, December 18, 2009

Great Fishing In Port Charlotte FL

                        "Some Great Photos of some fish caught in and around Port Charlotte FL"

                                                           Captain Marc with a tarpon    



                                                           Nice Redfish  (red drum)

                               





                                                              Look At that Snook


                                                                   Capt.  Marc


                                                         Some Good Eating There!






"My First Snook"



My good friend Marc ( The Fisherman) was nice enough to lend me these
fantastic photos. Marc also charters fishing trips in and around Port charlotte FL. If you would like more information on getting Marc as a
guide or fishing in Port charlotte Harbor send me an email and I will get
back with as soon as possiable. Marc has a busy schedule coming up this
winter but I,m sure he just might be able to fit you in.

                                                              " A Nice Snook"




my contact email: chipmatt59@yahoo.com
Subject Line: I want to fish with Marc

Enjoy the photo's------------------------------------------------------

Sunday, December 13, 2009

Tuas Yan December 2009

Lokasi : Persekitaran Tuas Yan, Kedah
Tarikh & Tempoh: Sabtu 12 December 2009 / Pagi sampai petang
Bot & Tekong : Syawal, anak Tekong Pak Cha
Kaedah: Mengilat ikan termenung/bulu/spoon dan kaedah hanyut..
Peserta : Aku, Edi, Zaid, Zam & Amin
Ringkasan:

Trip ini telah dirancang sewaktu di bulan Ramadahan di atas ajakan Zam, kerana kampung beliau berhampiran dengan Jeti untuk ke lokasi pancing iaitu di Tuas..akhirnya 5 orang kaki pancing dari rakan sekerja di dalam syarikat yang sama telah bersetuju untuk menjayakan trip ini..kaedah memancing yang digunakan agak berlainan daripada kaedah kebiasaan pancingan dasar..kali ini hanya kaedah mengilat semata mata telah digunakan..kalau ada kaedah pancingan dasar pun hanya sebagai sampingan..selain dari itu, kaedah berhanyut turut dilakukan..

Bertolak pada Jumaat pukul 11 pagi dari rumah Edi di Cheras (hari cuti umum Keputeraan Sultan Selangor)..kami tiba di Yan pada pukul 5.30 petang..sempat meronda di sekitar Yan sebelum berjumpa dengan tekong Pak Cha..beliau telah meminta 'taukeh' kedai, si Abu (Orang Cina petah loghat Kedah) supaya membuka kedai dia sekejap (Jumaat hari cuti di Kedah)..oleh itu sempatlah membeli lagi kelengkapan yang diperlukan..seterusnya kami menuju ke rumah nenek Zam untuk mandi manda..tukar pakaian & bersolat..kemudian kami makan malam di rumah kakak angkat Zam..makanannya memang sungguhla sedap selain dari kemesraan ahli keluarganya melayan kami..selepas itu kami terpaksa membuat persiapan sehingga lewat malam..kami terpaksa 'adjust' semula perambut khas untuk mengilat tenggiri..

Sabtu pukul 4.30 dah kecoh memasing bangun..bersiap dan terus ke rumah tekong..beli makan minum & ais di Jeti..kami bot yang terakhir keluar ke laut..singgah ambil bubu..dapat sotong mengabang dalam 5/6 ekor..kemudian terus ke Tuas (Tuas Tengah) untuk aktiviti memancing..sewaktu tiba ombaknya tengah beralun kuat sehinggakan sukar untuk berdiri di atas bot..hanya sebelah petang barulah airnya cantik..Tuas ini adalah satu tempat di mana terdapat banyak batang buluh yang diletakkan pemberat di bawahnya..buluh buluh ini perlu diganti anggaran setiap 3 bulan..di bawahnya juga terdapat tukun tukun tiruan yang menjadi tempat ikan ikan berkumpul yang akan menarik perhatian ikan ikan pemangsa untuk datang mencari ikan ikan kecil sebagai makanannya..terdapat hampir 30 tuas kesemuanya..Tuas Yan adalah salah salah satu padang pancing yang terkenal dengan tenggirinya..

Petang tersebut, kami adalah diantara bot yang terakhir tiba ke Jeti..kami tolong hantarkan pembantu tekong..terus ke 'klinik'..kemudian bersiap di rumah nenek Zam untuk pulang ke KL..singgah makan lagi di rumah kakak angkat Zam untuk makan malam yang sungguh lazat dan pedas..dalam pukul 11 bertolak terus ke KL..tiba di Cheras pukul 6 lebih pagi..


Tempat berkumpul di pagi jumaat di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras..naik van sewa.bertolak dalam pukul 11 pagi..


Susur keluar Gurun, sebelum menuju ke Yan..petang dah..hampir pukul 5


Bergambar sebentar di kaki Gunung Jerai, Yan..


Satu kaedah untuk menaikkan ikan..biasa kena tunggu air pasang baru ada hasil..

Minum di Pantai Murni, Tanjung Dawai..boleh nampak beberapa pulau dari sini seperti Pulau Songsong


Bermalam di rumah nenek Zam..sempat 'setting' kelengkapan last minute pada malam sebelum..

Awal pagi Sabtu di Kuala Sungai Dulang Kecil


Deretan bot yang menuju ke Tuas


Sebahagian dari kelengkapan


Dah tiba di Tuas..air tak berapa cantik kerana beralun..kalau nasib tak baik, senang senang boleh mabuk laut free..hehe



Pembantu tekong sedang berusaha nak ikatkan tali bot ke buluh..


Lagi gambar Tuas dan pembantu tekong yang baru beberapa hari lepas SPM je dia..susah payah dia ni sebab air beralun..


Tekong anak pak cha 'settlekan' belitung yang telah didaratkan



Salah satu aksi di depan bot..

Ikan Pecah Periuk telah menyambar umpan


Zam dengan tilapia laut @ pecah periuk


Sifu dengan tenggiri yang berjaya di naikkan


Antara hasil tangkapan


Bergambar sewaktu menuju balik ke kuala


Hasil hasil yang diperolehi


Akhir kata terima kasih kepada Tekong Pak Cha..anak dia selaku tekong hari tu iaitu bro Syawal..pembantu tekong..ahli ahli trip..terutamanya Zam yang banyak menyediakan kemudahan seperti van dan tempat tinggal...makan minum..(terima kasih juga kepada nenek dan kakak angkat Zam yang sudi memberi tumpang dan makan minum-semoga kebaikannya diberi ganjaran oleh Allah), Zaid selaku sifu tenggiri & kelindan van..dan Edi serta Amin selaku driver van..semoga halal makan & minum..maaf atas segala kekurangan dan kesilapan di sepanjang trip ini terutamanya ada tragedi sewaktu di Tuas yang terpaksa akhirnya tekong menamatkan sesi memancing pada petang tersebut, walaupun ikan tengah nak mula 'frenzy' ..apepun semoga ada kesempatan memancing bersama lagi di lain masa..Sekian..

Menjala Raya Haji 2009

Sempat jugak lagi menjala sehari selepas Hari Raya Haji baru baru ini bersama Abah, Angah, Bangtih, Man & Zahar..syok je asal masa cuti dapat turun ke sungai memenatkan badan, menghidup udara segar dan berendam, menyelam di dalam air sungai yang dingin dan bersih..macam biasalah blog ni seperti diari untuk merekod aktiviti aktiviti yang menyeronokkan seperti ini..

Tido lewat, bangun awal pagi..minum, terus gerak nak ke sungai

Air deras dan dalam baru lepas hujan agaknya


Cubaan mengilat yang gagal kerana air sungai yang terlalu keruh

Zahar dapat ikan lampam


Abah seperti biasa selalu dapat lampam


Habislah ikan ikan sungai ni..tapi yang penting buat laukla..


Ha ini dia buat lauk..best je buat saya yang gemarkan ikan ikan sungai..nanti ada kesempatan pergi menjala lagi..eh pergi mengikut jer..orang lain yang menjala..hehe