Ahli ahli trip dari kiri belakang : Volvo, Edi, Abu, Tilan, sambung ke depan kanan : Azlan, Sofi, Nizam, Nizam Navy
Susulan dari laporan Projek Trip ke Pekan Bersama Team VAT, bertarikh Saturday, July 25, 2009..maka trip ini telah selamat dijayakan pada 8&9 hb Ogos 2009. Kami berlima(saya, edi, nizam, abu, lan) telah bergabung dengan team pancing VAT seramai tiga orang (volvo@radzi nizam navy & sofie)..berbanyak terima kasih kepada bro Volvo yang telah bersusah payah selaku ketua trip untuk mengorganize trip ini dari memberi maklumat tentang setting untuk memancing, mengumpulkan ahli, penyediaan makan minum, tempat tinggal, urusan collection & deal dengan tekong..banyak kerja tu...terima kasih juga buat semua ahli yang menjayakan trip memancing ini..
Tempat kami bermalam sebelum memancing keesokkan harinya..susur masuknya ke kiri sebelum melintasi jambatan sungai pahang nak ke bandar Pekan..selepas petronas peramu di sebelah kiri..lajak nampak Supermarket Eng Hong sebelah kanan..lajak jumpa landmark tayar besar..masuk ke kiri dalam dalam 6 km jumpa jeti..simpang masuk tak macam jalan besar pun..leh masuk sampai jeti lkim kalu nak beli ikan..hehe
Belakangnya sungai Pahang..dekat kuala dah..nampak je..
Sempat belajar FG knot & Mid knot..pukul berapa nak tido ni..
Baru meninggalkan jeti LKIM Pekan..& sebahagian dari peralatan perang..laut tak kucah sangat..
Sembang apo tu, sambil trolling..agaknya menunjuk kat kapal peronda APPM pantai yg baru tu lah..hehe
Mencandat..apollo..bottom..drift..trolling..makan & membuto..hehe
Nizam Navy dengan Tenuk 16 kilo di awal pagi selepas subuh..drift dengan sotong hidup..guna multiplier shimano torium dengan rod xzoga, kalau tak silap..
Azlan dengan Tenuk 23 kilo selang 15 minit dengan Tenuk sebelumnya oleh Nizam Navy..guna multiplier accurate & rod lemax ke ape ntah..fg knot shock leader buatan bro sofie, hee..perhatikan air setenang tasik dibelakang, tetapi keadaan mcmtu paling lama pun 30 min kalau tak silap..
Bro nizam dengan sotong mengabang..
Dah balik kat jeti..
Belakang rumah nak buat pembahagian hasil..
Lagi gambar belakang rumah homestay..
Pembahagian hasil..
Suton memangla banyak..ada mengabang..ada torak ke ape ntah..ada jarum..anggaran dekat 80/90 kilo..ikan karang dalam 30 kilo..tenuk 2 ekor..
Dah balik kat jeti..
Belakang rumah nak buat pembahagian hasil..
Lagi gambar belakang rumah homestay..
Pembahagian hasil..
Suton memangla banyak..ada mengabang..ada torak ke ape ntah..ada jarum..anggaran dekat 80/90 kilo..ikan karang dalam 30 kilo..tenuk 2 ekor..
Syukur akhir kata trip ini suksess dapat merasa memancing di pekan bersama Team VAT..cuaca cantik menyebelahi kami..tapi ikan je kurang banyak tapi diganti dengan sotong..kami yang selain dari ahli VAT memang dapat pengalaman baru kerana tak pernah mancing di Pekan @ juga mencandat sotong..kawan kawan VAT pun semua sporting habis layan sembang dan kongsi pengalaman dan pengetahuan...insyaallah jika ada rezeki kami bertemu lagi di lain hari..terima kasih sekali lagi kepada semua yang menjayakan trip ini..
No comments:
Post a Comment