Tarikh & Tempoh: 22/23 May 2010 / 5 Petang Sabtu sampei 8 lebih pagi Ahad
Kaedah: Membottom/Drift/Trolling
Ahlul : Gue, Sifu Zaid, Sifu Hilmi, Sifu Awie, Sifu Ijoey (sorry la bro kalau tersilap nama), Adik Awie, Azhar, Wak, Brader Mabuk Laut (kesian)
Kos : Seorang RM130 cover bot/umpan/makan minum/etc & RM40 kos minyak transport
Ringkasan:
Trip kali ini kerana trip sebelumnya gagal sebab alun dan ribut, maka torai sekali lagi, selain jadi trip recce jugak untuk geng Kajang nanti. Alun tak ada, cuaca cantik walaupun hujang dan mendung sepanjang on d way ke Kemaman. Walaupun masa memancing pendek, tapi ada hasil dan padat dengan aktiviti memancing. Banyak jugak yang rabut, putus kat perambut, strike tapi tak lekat, putus tak pakei steel sebab tenggiri makan umpan bottom suton, walaupun dah sampai tepi bot, tali main line laju keluar kemudian zassss rabut dan mata kail owner patah. Apapun memang enjoy trip nih & terima kasih kepada semua ahli yang menjayakannya
Mancing kat pelantar minyak tu..ngeh ngeh..
Bersama 4 sifu di belakang bot..hanya gue sorang yang beginner
Tenggiri ngam 5 kilo
No comments:
Post a Comment